RANGKAIAN
KAWASAN LUAS(WAN)
Perkakasan
WAN
Perkakasan
yang terlibat dengan WAN adalah:
- Host
- Pemproses Bahagian-depan (Front-end Processors)
- Pengawal (Controllers)
- Pemultipleks (Multiplexers)
- Penumpu (Concentrators)
- Pemproses antara rangkaian
Host
- Host biasanya adalah komputer kerangka utama
- Beberapa komputer kerangka utama atau komputer mini digunakan sebagai
host sekiranya melibatkan WAN yang terlalu jauh
- Fungsinya adalah bagi pengguna mencapai program aplikasi dan sistem
pengurusan pangkalan data.
Pemproses
Bahagian-depan
- Bertindak sebagai antaramuka di antara komputer & peralatan komunikasi
yang lain
- Lazimnya seperti komputer mini yg ditempatkan hampir dengan komputer
utama atau komputer host.
- Direkabentuk bagi meringankan beban komputer host dalam melaksanakan
fungsi komunikasi seperti menyunting rekod dan pengawasan rangkaian
Pengawal
- Sistem komputer yang besar bergantung kepada pengawal untuk mengendalikan
dialog dengan komputer
- Pengawal menyimpan maklumat yang dibawa daripada terminal dan peranti
perisian dan membenarkan maklumat tersebut ke pemproses bahagian-depan
apabila diminta
- Dengan ini pemproses bahagian-depan bebas mengendalikan pemprosesan,sementara
pengawal menyelia peralatan perisian yang lain (pemacu pita, pemacu,cakera).
Pemultipleks
- Sejenis peranti yang mempunyai satu saluran komunikasi untuk membawa
data yang dihantar daripada banyak peranti.
- Membantu penggunaan saluran komunikasi dengan lebih cekap.
- Contohnya satu syarikat perlu menggunakan empat talian yang dihubungkan
dari beberapa tempat yang jauh oleh itu satu pemultipleks boleh digunakan.
Penumpu
- Fungsinya sama dengan pemultipleks, tetapi ada penimbal storan tambahan
dan satu mini pemproses atau mikropemproses.
- Mempunyai keupayaan storan dan keupayaan logik untuk melaksanakan fungsi
kawalan komunikasi
- Lazimnya ia ditempatkan diterminal atau di tapak penghantaran talian
jarak jauh
Pemproses
antara rangkaian
- Bridge - pemproses komunikasi untuk menghubungkan dua rangkaian yang
sama protokol
- Router - pemproses komunikasi untuk menghubungkan dua rangkaian yang
berbeza protokol
- Gateway - pemproses komunikasi untuk menghubungkan dua rangkaian yang
berbeza senibina.
Perisian
WAN
- perisian membolehkan perkakasan dalam komunikasi data bekerja sebagai
satu sistem.
- Kebanyakkan perisian ini terdapat pada host yg dikenali sebagai TeleCommunications
Monitor (TCM)
- Juga terdapat dalam Pemproses bahagian-depan yang dikenali sebagai Network
Control Program (NCP)
- Perisian lain yang popular dan boleh digunakan adalah seperti SmartCom,
ProCom,PC-Dial, Blast dan PC-Talk.
|